Khamis, 7 April 2011

2 Alam : Review

Oh my God! Aku baru saja habis menonton filem 2 Alam. Ya..setelah hampir 5 bulan filem ini ditayangkan di pawagam, baru sekarang aku berkesempatan untuk menonton filem yang disasar meraih kutipan RM40 juta oleh penerbitnya. Walaupun aku tahu ia merupakan filem yang banyak menerima kritikan berbentuk negatif, aku dan isteri tetap mahu menontonnya kerana tidak mahu terlepas dari menonton sebuah filem yang telah mencipta sejarah tersendiri dalam perfileman Malaysia…iaitu dari sasaran yang dilihat agak sukar di capai oleh penerbitnya selain rekod penayangan jumlah pawagam paling tinggi yang di raih berbanding mana-mana filem Malaysia yang lain.
Dan setelah menontonnya, aku tidak sangka filem  ini sebenarnya jauh lebih teruk dari mana-mana ulasan dan komen yang telah aku baca. Terlalu banyak babak (scene) yang menimbulkan persoalan, tidak rasional dan tidak berkaitan antara satu babak ke satu babak yang lain. Lakonan yang sepatutnya mampu di terjemahkan dengan lebih baik oleh sesetengah pelakon gagal di raih…selain menambahterukkan lagi filem ini. Sepanjang durasi hampir 80 minit, aku sedaya-upaya cuba mencipta feel untuk menikmati lakonan para pelakon dan mesej yang ingin di sampaikan…tetapi gagal.
Aku telah kehilangan hampir 80 minit (yang pasti tidak akan dapat ditebus balik) untuk menonton cerita ini. Apa yang pasti, ini sudah tentu akan menjadi kali pertama dan juga kali terakhir aku menonton naskah 2 Alam. 0.5 dari 10 bintang aku bagi untuk filem ini.

2 ulasan:

  1. citer ni xbest lgsung....terase buang mase jer tgk...nak capai 40 juta lglah xmungkin....

    BalasPadam