Sabtu, 9 April 2011

Ulasan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah

Hantu Kak Limah Balik Rumah...agak terlambat untuk aku menonton filem ini. Tapi takpe lah sebab ia better dari tak tengok langsung. Dan apa perasaan aku selepas habis menontonnya? Ada 2 perasaan..1st keesokan hari selepas kali pertama aku tengok filem ni, aku tengok lagi sekali Hantu Kak Limah. 2nd..aku rasa sangat menyesal kerana tidak tengok filem ni ketika ditayangkan di panggung hari tu!

Aku tidak mahu komen banyak-banyak. Cukuplah sekadar aku cakap filem ni merupakan satu naskah yang berani, segar, dinamik dan menghiburkan. Memang best dan puas hati. Teruskan usahamu Mamat Khalid! (walaupun sebelum ini aku bukanlah peminat Mamat Khalid ; tapi mungkin berubah selepas aku 'jatuh cinta' dengan filem Hantu Kak Limah)

Khamis, 7 April 2011

2 Alam : Review

Oh my God! Aku baru saja habis menonton filem 2 Alam. Ya..setelah hampir 5 bulan filem ini ditayangkan di pawagam, baru sekarang aku berkesempatan untuk menonton filem yang disasar meraih kutipan RM40 juta oleh penerbitnya. Walaupun aku tahu ia merupakan filem yang banyak menerima kritikan berbentuk negatif, aku dan isteri tetap mahu menontonnya kerana tidak mahu terlepas dari menonton sebuah filem yang telah mencipta sejarah tersendiri dalam perfileman Malaysia…iaitu dari sasaran yang dilihat agak sukar di capai oleh penerbitnya selain rekod penayangan jumlah pawagam paling tinggi yang di raih berbanding mana-mana filem Malaysia yang lain.
Dan setelah menontonnya, aku tidak sangka filem  ini sebenarnya jauh lebih teruk dari mana-mana ulasan dan komen yang telah aku baca. Terlalu banyak babak (scene) yang menimbulkan persoalan, tidak rasional dan tidak berkaitan antara satu babak ke satu babak yang lain. Lakonan yang sepatutnya mampu di terjemahkan dengan lebih baik oleh sesetengah pelakon gagal di raih…selain menambahterukkan lagi filem ini. Sepanjang durasi hampir 80 minit, aku sedaya-upaya cuba mencipta feel untuk menikmati lakonan para pelakon dan mesej yang ingin di sampaikan…tetapi gagal.
Aku telah kehilangan hampir 80 minit (yang pasti tidak akan dapat ditebus balik) untuk menonton cerita ini. Apa yang pasti, ini sudah tentu akan menjadi kali pertama dan juga kali terakhir aku menonton naskah 2 Alam. 0.5 dari 10 bintang aku bagi untuk filem ini.

Ahad, 3 April 2011

The Castle of Cagliostro and Ocean Waves review

The Castle of Cagliostro merupakan filem animasi dari Jepun yang di terbitkan pada 1979. Aku bagi 10 dari 10 bintang untuk filem ini. Filem ini lengkap semuanya bagi aku untuk sebuah filem animasi yang baik. Anda tidak boleh mengharapkan yang lagi baik dari ini..lebih-lebih lagi ia diterbitkan lebih dari 30 tahun yang lepas.

Ocean Waves (1993). Pengalaman aku menonton filem ini seakan-akan aku telah menonton drama bersiri Jepun. Sebuah lagi filem yang baik dari Studio Ghibli walaupun aku difahamkan filem ini hanya merupakan filem TV dan di buat oleh tenaga-tenaga muda dari Studio Ghibli. 9 dari 10 bintang.

Ulasan filem Grave of the Fireflies (1988)

Selepas aku habis menonton filem Grave of the Fireflies (1988), aku termangu seketika. Macam tak percaya ia sudah tamat. Selepas beberapa minit, air mata aku mula keluar dan menitis. Itulah penangan filem animasi terbitan studio Ghibli ini. Grave of the Fireflies telah mengubah persepsi aku pada filem animasi. Kebanyakan orang yang tidak peka dan tidak tahu hanya menganggap filem animasi tidak mengandungi apa-apa isi dan 'kosong'. 9.5 dari 10 untuk Grave of the Fireflies yang merupakan sekurang-kurangnya antara filem paling sedih pernah aku tonton dalam hidup.