Ahad, 27 Mac 2011

Ulasan filem ...dalam botol

Ok berbalik kepada filem ... (anu) dalam botol lakonan Arja Lee, Diana Danielle, Normah Damanhuri, Wan Raja, Ogy, Jalil Hamid dab lain-lain. Secara ringkasnya, filem ini mengisahkan seorang gay (or nyah? - bab ni aku tak sure watak Ruby (Rubidin) ni dalam kategori yang mana satu sebab dalam filem ni adegan awal menunjukkan Rubidin ni seorang lelaki keras dan masa scene Rubidin dengan ayahnya lakonan Jalil Hamid, ayahnya kata dia seorang budak lembut pula ketika kecil) yang telah membuang anu demi cintanya pada Ghaus (lakonan Wan Raja). Tapi Ghaus telah membuang Ruby bila dia mengetahui Ruby sudah tidak mempunyai alat sulit. Kerana kecewa, Ruby telah kembali ke kampung dan bertemu kembali dengan rakan ketika kecil iaitu Dina (Dania Danielle). Bibit-bibit kemesraan muncul di antara Rubidin dan Dina sehinggalah mereka memutuskan untuk berkahwin..

Aku hendak ulas sedikit sahaja mengenai filem ni. Dari segi lakonan, kebanyakan pelakon seperti Normah Damanhuri, Diana Danielle, Wan Raja termasuk orang-orang kampung berjaya menampilkan lakonan yang cemerlang dan patut di puji. Tapi, lakonan Arja Lee sebagai Rubidin (Ruby) bagi aku agak kaku dan gaya penghayatan yang seakan di buat-buat. Wajah ke'chinese'an lebih terserlah untuk Arja Lee berbanding wajah orang melayu (ada satu scene, matanya yang sepet tu jelas kelihatan). Jadi, adakah pemilihan Arja Lee untuk memegang watak Ruby adalah satu tindakan yang tepat?

Dari segi skrip tulisan Raja Azmi, bagi aku skrip dia biasa-biasa jer. Tidak ada petikan ayat dalam filem ni yang mampu meninggalkan kesan yang mendalam buat aku. Dan kadang-kadang untuk sesetengah scene, aku mengharapkan tulisan skrip yang lebih baik. Dari segi muzik latar, ada muzik yang ok dan bersesuaian dengan jalan cerita dan ada yang tidak. Sebagai contoh apa rasional muzik latar ketika scene Ruby dan kawannya di pejabat pos tu? Tapi muzik latar sebelum dan selepas Normah Damanhuri berjumpa dengan Ghaus ok walaupun pada awalnya aku tak faham kenapa mesti menampilkan irama seakan-akan bunyi rock bingit.

Satu lagi yang menjadi persoalan, adakah Rubidin ni seorang nyah yang betul-betul lembut dari dulu atau lelaki  keras tetapi gay? Hendak kata lembut, gaya dan perwatakannya nampak keras. Nak kata lelaki keras tapi gay, kenapa pulak ada scene dia tidak berani bawa motor dan scene takut hendak melintas jalan?

Secara kesimpulannya, filem ini ok dan dari 10, aku bagi 7 bintang. Jika anda sudah biasa menonton filem-filem bergenre drama Hollywood seperti 'Taxi Driver' (1976) lakonan Robert De Niro, tentu tidak ada masalah untuk anda menonton dan memahami filem ...dalam botol ini.

3 ulasan:

  1. thanks ya saudara ajami. Ini memberikan aku lebih semangat untuk memberi ulasan pd filem-filem seterusnya yang aku jangka akan tengok seperti Dilarang Masuk, Kongsi dll.

    BalasPadam
  2. hmm tak tengok lagi lah cerita ni...




    http://azzaazman.blogspot.com/

    BalasPadam