Rabu, 30 Mac 2011

Filem-filem terbitan Studio Ghibli

Sabtu hari tu (hari aku dan wife tengok Anu dalam botol), aku beli DVD The Great Collection of Studio Ghibli. DVD ni 14 in 1. Means ada 14 filem terbitan Studio Ghibli or ada kaitan dengan lagenda animasi Jepun, Hayao Miyazaki (pengasas bersama Studio Ghibli). Harga sebenar dia RM69.90 tapi aku beli dengan harga promosi, RM39.90 kat kedai CD di dalam kedai buku Popular.

Antara karya Studio Ghibli yang popular adalah seperti Sprited Away (2001), filem yang meraih kutipan paling tinggi dalam sejarah perfileman Jepun. Filem ini juga telah memenangi academy award (best animated feature) di Academy Awards yang ke 75. 

Walaubagaimanapun, aku sedikit kecewa kerana filem Sprited Away tidak berada dalam DVD yang aku beli ni. Aku baru jer berkesempatan tengok 1 filem dalam DVD ni iaitu filem Howl's Moving Castle (2004). Lepas ni nak tengok Princess Mononoke (1997) yang pernah menjadi filem yang meraih kutipan tertinggi di Jepun sebelum di pintas oleh filem Titanic (dan kemudian filem Spirited Away pula memintas Titanic).

Isnin, 28 Mac 2011

Cadangan filem untuk ditonton : Bottle Rocket (1996)

Korang bosan dengan filem-filem yang di tayangkan di pawagam sekarang? Atau bosan dengan koleksi-koleksi filem yang ada di dalam simpanan? Apa kata cuba menonton filem yang aku suggestkan ni. Korang boleh membeli DVDnya atau menontonnya di Astro (saluran Astro Movies, HBO dan Cinemax) or setidaknya download di internet.

Bottle Rocket adalah filem komedi gelap yang di arahkan oleh Wes Anderson yang terkenal dengan filem The Royal Tenenbaums (2001). Walaubagaimanapun, aku lebih meminati hasil karya Wes Anderson menerusi filem debutnya, Bottel Rocket dan filem kedua arahannya, Rushmore (1998). Apa yang menarik mengenai 2 filem terawal Wes Anderson ini bagi aku kerana aku dapat melihat sisi lain kehidupan yang tidak dapat aku lihat di filem-filem lain terutama filem melayu (Malaysia).

Apapun, Bottle Rocket merupakan filem independent dengan budget hanya sekitar 7 juta u.s (dollar). Filem ini dibintangi Owen Wilson, Luke Wilson, James Caan dan lain-lain. Skrip filem ini ditulis sendiri oleh Wes Anderson bersama-sama dengan Owen Wilson.

Sinopsis filem ini secara ringkasnya mengisahkan 3 orang sahabat yang memilih untuk terlibat dengan jenayah (rompakan dan curi) dan dipimpin oleh Dignan (Owen Wilson). Rancangan jenayah mereka yang pertama berjaya dan sebelum ke rancangan jenayah seterusnya yang lebih besar, mereka menginap di sebuah hotel di mana salah seorang dari mereka telah jatuh cinta dengan salah seorang pekerja di hotel itu. Persoalannya, adakah mereka ini memang betul-betul pakar dalam jenayah dan telah ditakdirkan untuk menjadi perompak?

Trivia : Pengarah terkenal yang pernah memenangi oscars (academy award), Martin Scorsese yang telah mengarah filem-filem seperti Shutter Island (2010), The Departed (2006), dan Goodfellas (1990) telah menamakan filem Bottle Rocket sebagai salah satu dari 10 filem kegemarannya untuk dekat 90-an.

Ahad, 27 Mac 2011

Ulasan filem ...dalam botol

Ok berbalik kepada filem ... (anu) dalam botol lakonan Arja Lee, Diana Danielle, Normah Damanhuri, Wan Raja, Ogy, Jalil Hamid dab lain-lain. Secara ringkasnya, filem ini mengisahkan seorang gay (or nyah? - bab ni aku tak sure watak Ruby (Rubidin) ni dalam kategori yang mana satu sebab dalam filem ni adegan awal menunjukkan Rubidin ni seorang lelaki keras dan masa scene Rubidin dengan ayahnya lakonan Jalil Hamid, ayahnya kata dia seorang budak lembut pula ketika kecil) yang telah membuang anu demi cintanya pada Ghaus (lakonan Wan Raja). Tapi Ghaus telah membuang Ruby bila dia mengetahui Ruby sudah tidak mempunyai alat sulit. Kerana kecewa, Ruby telah kembali ke kampung dan bertemu kembali dengan rakan ketika kecil iaitu Dina (Dania Danielle). Bibit-bibit kemesraan muncul di antara Rubidin dan Dina sehinggalah mereka memutuskan untuk berkahwin..

Aku hendak ulas sedikit sahaja mengenai filem ni. Dari segi lakonan, kebanyakan pelakon seperti Normah Damanhuri, Diana Danielle, Wan Raja termasuk orang-orang kampung berjaya menampilkan lakonan yang cemerlang dan patut di puji. Tapi, lakonan Arja Lee sebagai Rubidin (Ruby) bagi aku agak kaku dan gaya penghayatan yang seakan di buat-buat. Wajah ke'chinese'an lebih terserlah untuk Arja Lee berbanding wajah orang melayu (ada satu scene, matanya yang sepet tu jelas kelihatan). Jadi, adakah pemilihan Arja Lee untuk memegang watak Ruby adalah satu tindakan yang tepat?

Dari segi skrip tulisan Raja Azmi, bagi aku skrip dia biasa-biasa jer. Tidak ada petikan ayat dalam filem ni yang mampu meninggalkan kesan yang mendalam buat aku. Dan kadang-kadang untuk sesetengah scene, aku mengharapkan tulisan skrip yang lebih baik. Dari segi muzik latar, ada muzik yang ok dan bersesuaian dengan jalan cerita dan ada yang tidak. Sebagai contoh apa rasional muzik latar ketika scene Ruby dan kawannya di pejabat pos tu? Tapi muzik latar sebelum dan selepas Normah Damanhuri berjumpa dengan Ghaus ok walaupun pada awalnya aku tak faham kenapa mesti menampilkan irama seakan-akan bunyi rock bingit.

Satu lagi yang menjadi persoalan, adakah Rubidin ni seorang nyah yang betul-betul lembut dari dulu atau lelaki  keras tetapi gay? Hendak kata lembut, gaya dan perwatakannya nampak keras. Nak kata lelaki keras tapi gay, kenapa pulak ada scene dia tidak berani bawa motor dan scene takut hendak melintas jalan?

Secara kesimpulannya, filem ini ok dan dari 10, aku bagi 7 bintang. Jika anda sudah biasa menonton filem-filem bergenre drama Hollywood seperti 'Taxi Driver' (1976) lakonan Robert De Niro, tentu tidak ada masalah untuk anda menonton dan memahami filem ...dalam botol ini.

Tragedi sebelum menonton ...dalam botol.

Salam Pengenalan dari Aku